Boleh dikatakan lebih ramai berjaya mengaut keuntungan besar selepas menyertai dunia NFT tidak kiralah dengan menawarkan mahu pun secara mendagang di sejumlah platform. Disebabkan NFT ini dikira teknologi yang masih baru, maka majoriti negara masih mengkaji secara mendalam akan penakrifan cukai terhadapnya.

Di Singapura, setiap individu kini yang memperoleh pendapatan daripada urus niaga atau daripada perdagangan dalam NFT akan dikenakan penakrifan cukai kepada mereka. Perkara ini dibahaskan oleh Kementerian Kewangan, Lawrance Wong di dalam parlimen negara tersebut baru-baru ini.

Sumber Gambar: chain debrief

Walaupun begitu, keuntungan modal tidak akan tertakluk dengan cukai terbaharu itu tidak kira sama ada menerusi urusan transaksi atau dagangan NFT. Kemas kini ini dibuat di dalam pembaharuan cukai yang sedang diperhalusi untuk menyokong perbelanjaan jangka panjang dan meningkatkan pendapatan untuk membantu keperluan penjagaan kesihatan negara yang semakin meningkat.

Selain itu, cukai barangan dan pekhidmatan Singapura (GST) juga akan dinaikkan kepada 8% pada 2023 kelak. Langkah ini dilaporkan sedang banyak dibincangkan di sejumlah negara lain pada ketika ini.

Pada Januari lalu, Ghozali Everyday sedia mengumumkan sudah membayar cukai hasil daripada jualan NFT kepada kerajaan Indonesia.

Ghozali Umum Sudah Membayar Cukai Hasil Daripada Jualan NFT Kepada Kerajaan Indonesia

Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter